Monday 16 January 2017

Buat Bakal Suamiku . . .

Assalamualaikum pemilik cintaku yang mungkin juga sama macam aku sedang menantikan kehadiran masing-masing . Disini aku menulis bukan hanya untuk mengingatimu atau menasihatimu . Tapi , ianya lebih kepada pemberitahuan apabila kita sudah bersama nanti .


Pertamanya , aku ingin memberi tahumu bahawa aku bukanlah perempuan yang macam dekat luar sana yang jenis yang bertudung labuh , jenis yang tak bergaul dengan lelaki , melawan ibu ayah dan sebagai pendosa yang lainnya . Perlu kau tahu bahawa , aku ini sama macam manusia lain yang selalu dan tak lepas dari melakukan dosa serta perkara maksiat .


Keduanya , aku ini nakal , degil dan seangkatannya . Bukan kehendakku untuk menjadi begini , Tapi aku ingin kau menerima apa adanya aku yang sebegini dan tidak hanya pandai berpura-pura seperti perempuan lain yang berlagak ayu di hadapan orang lain . Aku inginkan seseorang yang boleh sayang dan cintakan kekurangan aku dari zaman silam hinggalah ke sekarang .



Seterusnya , aku bukan menginginkan lelaki yang sempurna . Tapi , aku inginkan lelaki yang boleh menyempurnakan hidup aku dan aku boleh menyempurnakan hidupnya selama kita masih bernafas . Aku tak kisah jikalau sekarang ini kau juga berlumur dosa dan bergelumang dengan maksiat , kerana aku bukanlah inginkan yang sempurna .

Aku juga manusia biasa yang penuh dengan dosa . Kita juga sama-sama bermula seperti kain putih yang bersih suci dari sebarang kecacatan corak . Sungguh aku mengerti bahawa kita ini orang muda , banyak lagi yang belum kita cuba dan harungi . Ya ! aku tidak menafikan perasaan kita yang sedang membuak-buak menginginkan sesuatu .

Jika sekarang ini engkau jahil , jangan risau . . . Aku tidak akan ungkit kisah silam kau ini bila sudah bersama denganku suatu hari nanti . Setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing dan hanya kisah silam engkau yang dapat menceriakan hari-hariku . Mungkin pelik didengar "kisah silam engkau dapat menceriakan hari-hariku" . Tapi bagi aku , aku teringin dan ingin tahu cerita-cerita kau semasa zaman kegemilangan itu . Bukan niat aku masa itu untuk memandang rendah kepada kau , tapi aku ingin tahu suamiku ini iaitu ayah kepada anak-anakku bagaimana dirinya masa itu .



Okay . . . Cukup tu dulu luahan hati aku . Hahahaa !

Buat bakal suami . . .

In shaa Allah
saya yang akan masak sedap-sedap untuk awak ,
saya akan mengemas rumah bersih-bersih ,
saya akan pergi ke kedai beli barang dapur untuk keluarga ,
dan saya ,
akan jadi surirumah dan surihati yang terbaik awak pernah jumpa .

In shaa Allah
saya akan melawa hanya untuk awak seorang sahaja ,
saya akan jaga dan kekalkan appearance untuk awak ,
dan saya ,
akan pastikan sayalah isteri yang terbaik buat awak selamanya .

In shaa Allah
saya akan bagi seramai yang boleh zuriat yang awak nak ,
saya akan jaga dan besarkan mereka dengan penuh kasih sayang ,
dan saya ,
akan berjanji menjadi ibu yang penyayang buat anak-anak kita .

As long as you promise me one my future husband . . .

Bawa saya ke Jannah .



No comments:

Post a Comment