Tuesday 18 October 2011

RAHSIA CINTA-CHOMEL

cahaya di matamu
membuat aku terpaku
membiarkan duka berlalu
kerna kau yang ku mahu & yang ku tunggu2


bertahun ku menyintaimu
masih belom dapat ku rasakan
bahagia untuk kita berdua
mungkinkah kini kau sudah ada yang punya


kuh menahan rindu dihatiku
ku tak mampu meluahkan cintaku
hanya kerana aku takut
tuk kehilangan dirimu


ku biarkan diri ini merana
semata ingin engkau bahagia
tak mengapa andai aku mengalah
inilah rahsia cinta


pilunya rasa hati
bila engkau tiada disisi
namun kau tahu ku masih menanti
datang kembali kepadaku
ku akan menjagamu


ku merindu kan dirimu
ku merindu senyum dan tawamu
dimanakah semua berlalu
usah biarkan diriku
menangis pilu

Monday 17 October 2011

Ciri-ciri Lelaki Soleh & Wanita Solehah..

Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? “Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”
Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.
 Redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.
Semakin berat ujian yang menimpa diri, sekencang itulah juga ibadahnya kepada Allah swt. Sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat dirasakan bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam dia bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi cuba dilupa-lupakan.
Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan di dalam firmanNya:
“… karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri supaya berbuat jahat seperti hasad dengki kepada jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.
Dia sedar, sekali diri berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:
“Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam di hatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu.”
Sabda baginda yang lain:
“Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya.”
wanita adalah secantik-cantik perhiasan..
Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya sendiri. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.
Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal..








 PENGAJARAN:- Bukanlah kehidupannya untuk mencari pangkat dan nama kerana dia tahu di atas dua tiket inilah yang membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, dia menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.
Kesimpulannya, masih terlalu banyak peribadi-peribadi lelaki soleh dan wanita solehah yang belum  dicungkil tetapi kiranya kesemua sifat yang di atas tadi dapat kita rintis dengan baik, insyaalLah kita akan memiliki hati yang tenang. Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Maka berdoalah kita selalu semoga diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung. Aminn…
 

Friday 14 October 2011

Hati Dan Perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.. 
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 
PENGAJARAN :-JANGAN PERNAH MENYAKITI HATI DAN PERASAAN ORANG LAIN JIKA TIDAK MAHU DIRI MERANA ATAU SENGSARA.JIKA KITA MENYAYANGI SESEORANG,TERIMALAH DIA SEADANYA DAN JANGANLAH TERLALU MENGAGUMINYA SEHINGGA SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN AKAN MENGUNDANG MUSIBAH KEPADA DIRI..
 

Wednesday 12 October 2011

Rabiatul Adawiyah..

ASSALAMUALAIKUM.. Rabiatul Adawiyah..???pernah terfikir tak nak jadi macam hamba ALLAH yang sorang nie tak..??? mengapa ramai wanita-wanita zaman sekarang sudah tidak menendahkan langsung tentang cintanya kepada ALLAH..???peliklah dunia zaman sekarang nie..Jika kita memilih Rabiatul Adawiyah sebagai tokoh kita hingga ke akhir hayat,ia tidak akan mengecewakan sesiapa yang merasa dirinya terpinggir dari Allah..
saya seringkali teringat akan kisah cinta Rabiatul Adawiyah terhadap Allah dengan pengorbanannya yang lebih berat berbanding kita yang hidup senang pada zaman ini..Rabiatul Adawiyah adalah wanita solehah yang sentiasa bersifat sabar dan tidak pernah ingin bersikap sabar.. Rabiatul Adawiyah juga adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup..
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja..betapa baiknya beliau untuk menolong keluarganya dan beliau juga sanggup mencari rezeki dengan mendayung sampan sambil mendendangkan lagu yang merdu untuk pelanggannya..

Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa..dari kisah ini juga kita boleh ambil pengajaran dengan sentiasa meminta pertolongan dari Allah..samada dalam keadaan yang senang atau susah..
Bayangkan jika kita di tempat Rabiatul Adawiyah pada masa itu..adakah kita akan bersikap sabar..???still nak berdoa dekat Allah lagi ke tidak..???atau kita semua hanya akan merungut dan mengeluarkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya keluar dari hdup kita..

Tuesday 11 October 2011

Akhirnya..!!! Setelah 3 tahun menunggu,ia tamat juga..

Assalamualaikum..apa khabar,sihat..???dah makan..??? Lame tak update blog because busy nak PMR.. But now,dah boleh enjoy sepuas-puasnya..hehehe.. Tapi kena jaga diri juga untuk SPM 2 tahun lagi..huh..lega~sebab dah habis exam besar untuk form 3..hurmmm..dalam masa yang lama juga,banyak cerita yang best..tak boleh bagi taw yang sepenuhnyalah ceritanya because malu sesangat..lagipun benda ni taklah penting sangat macam benda yang teruk..benda nie just hadiah yang paling best..rahsia..rahsia..rahsia..
Lepas PMR nie,kita orang budak-budak kelas dah plan macam-macam dah..ada yang cakap nak pergi sinilah..situlah..macam-macam kerenah budak 3 Cekal yang degil and nakal sangat-sangat..
Hurmm..sekarang nie saya tengah ada masalah..hurmm macam mana nak minta tolong ye..???sebenarnye benda yang saya nak story nie memang susah sikit lah nak bagi taw because perkara nie akan buat orang yang akan baca story nie terasa..saya tak nak lukakan hati dia..saya dah berjanji dengan diri saya dan dia yang saya takkan kecewakan dia(hubbu saya)..
 saya tak nak kecewakan dia dan saya tak nak dikecewakan oleh dia..ini kerana saya sayang dia sangat-sangat..hurmmm..rasenye lebih baik tak yah story pasal nie and lupakan jelah..
HAA..lagi satu..maybe last story kowt..kenapalah demam saya nie lama pulak..start dari pertengahan tengah ambil exam PMR..huhh,perih di hati je yang tahu..nak batuk susah..nak bercakap lagilah malu sebab suara dah jadi sengau macam unta..hehee..boleh main-main pula..lagipun bila dah demam,barulah saya tahu siapa orang di sekeliling yang prihatin and ambil berat pasal sakit saya..tak lupa juga pada ubat saya(hubbu saya) ''thanx <3''..ALLAH sahaja yang dapat membalas semua jasa baik awak pada saya..
melompat kegembiraan setelah habisnya PMR..