Tuesday 31 July 2012

Cerpenku.......

Seorang wanita yang sedang termenung melihat keindahan pantai iaitu ciptaan Allah sangat terpesona dengan apa yang telah diciptakan..Dalam diam dia ada memendam sebuah perasaan yang sangat dalam dan susah untuk dihapuskan..Wanita ini sering mengingat kembali kisah silam yang telah berlaku dalam sekelip mata..Kenangan silam yang lama telah membuatkan beliau belajar sesuatu dari apa yang berlaku padanya..
     Gambar lama sedang dibelek-belek dan di bersihkan kerana sudah berhabuk akibat lama ditingalkan..Walaupun semua kenangan mereka,beliau tidak dapat lupakan..Namun,hatinya juga tidak pernah berubah sayangnya..Satu per satu gambar di dalam kotak diambil untuk mengimbas masa lampau..Kisahnya bermula semasa mereka belajar di sekolah yang sama..

         "Ikmal..In nak balik dah nie..nanti apa-apa call In yee..Assalamualaikum.." In dan rakan-rakannya pulang ke rumah sekali..
         "Okay In,waalaikumussalam..ILY..!!! " Jerit Ikmal semasa In mahu keluar dari kelas..In hanya mampu tersenyum pada jawapan yang Ikmal berikan..

Dalam perjalanan pulang,In,Nurul dan Ika bergelak ketawa bersama kerana dengar cerita tentang kejadian di sekolah tadi..Dalam diam-diam ramai juga pelajar yang perasan tentang kejadian yang berlaku di khalayak ramai tadi..Boleh pula Ika terlanggar dengan cikgu kesayangan Nurul tu..Yang kelakarnya,cikgu tu boleh pula tersenyum macam kerang busuk..

Dalam pukul 4 In sampai ke rumah..In terus mencapai handphone yang berada di atas almari soleknya..Dilihat satu pesanan dari Ikmal..

"In tadi In ada tertinggal kertas math atas meja..Ikmal dah ambilkan dah..Nanti Ikmal hantar dekat rumah In ya SAYANG.."


In membalas mesej yang di hantar oleh Ikmal sebentar tadi..

"Terima kasih ye Mal..Tak tahu macam mana nak balas..hehee..  ^_^ "


Mesej dihantar..


MALAM..

Tett..tett..tett..tett..bunyi mesej masuk dari handphone In..In melihat skrin handphone dan membaca mesej yang dihantar..

Assalamualaikum bunga..


Waalaikumussalam kumbang..


Esok kita pergi taman ye lepas balik dari sekolah..


Buat apa..???


Adalah..Rahsia..Tak terkejutlah macam tu..By the way,In sorang je tau..jangan bawa orang lain..  ^^'


Okay..Tapi betul nie Mal tak nak bagi tahu In..???


Tak nak..!!!Okaylah In..Jangan banyak tanya lagi,go to bed my dear..Tak ngantuk ke..Lagipun esok kita nak jumpakan..


Boleh..Ada syarat..


Apa dia..???


Call dulu lepastu nyanyikan and dodoikan In..hahaa..In gurau je Mal..  .^_^.


Macam-macamlah budak kecik nie..dah.dah..pergi tidur..


Selepas berhenti bermesej bersama Ikmal..In bersiap untuk tidur..Tak sabar untuk menunggu hari esok.. ''Semoga esok menjadi hari yang lebih baik berbanding hari ini..''doa In sebelum tidur..Sebelum tidur In melihat jam,tepat pukul 11.30 malam..

Lagu Percintaan Ini yang dinyanyikan oleh Ezad Lazim berkumandang menandakan ada orang call..Lagu yang di beri oleh Ikmal pada In..In mengangkat handphone sambil mata tertutup..

"Assalamualaikum In.." Ikmal memberi salam..

"Waalaikumussalam..Mal ke nie..???Kenapa suara lain nie.. Mal tak sihat ke..???" Balas In selepas menyambut salam Ikmal sebentar tadi..

"Mal sihat je..In buat apa nie..??? Dah tidur ye..Maaf kalau Mal ganggu.."

"Tak apalah Mal..In tak kisah pun..Mal......"

"Ye In.."

"Nyanyikan In boleh..???In bosanlahh.."

"In nak lagu apa..???" tanya Ikmal..

"Tak kisah Mal.." jawab In kembali..

"Okay..kejap Mal fikir.. ku berpegang pada janji,tercipta..antara kita dulu..hilangmu tiada pengganti,biarlah begini..ku belayar di lautan,tidak bertepian..sesekali disedarkan..ombak yang mendatang..aku seperti,hilanggg..puncak arah dan..tujuan.." Suaranya bermain di telinga In..Dia menyanyikan lagu yang di popularkan oleh Ella..


"Sedap suara Mal..Macam nie barulah In boleh tidur..Terima kasih..!!!"


"Sama-sama..okayylahh In..In pergi tidur ya..Assalamualaikum..good night,sweet dream.." Balas Ikmal..


"Waalaikumussalam.."sambung In lalu meletakkan handphone..


Pada keesokan harinya mereka bertemu di taman dan duduk di tepi tasik yang berhampiran..


"Kenapa Mal nak jumpa In nie..???" tanya In pada Ikmal..


"Saja rindu nak tengok In..hehee..(sambil tersenyum)"Jawab Ikmal pada In..


"Ish Mal nie..Mal....Janji ya jangan tinggalkan In..In sayang Mal..sangat-sangat..!!!"


"Ya In,Mal janji..hanya maut yang dapat pisahkan kita..In tahu tak betapa dalamnya cinta Mal pada In.."

"In tahu tu,tapi sungguh In tak nak kehilangan Mal lagi macam dulu..In serik..Sekali lagi In dengar Mal ada girlfriend lain,tahulah In kerjakan Mal..hehee"In berkata-kata..Mereka berdua saling ketawa..

"Ya sayang..kita berdoalah pada Allah..Hanya Allah yang memulakan benda ni,dan hanya Dia jugalah pengakhiran cerita kita.."Ikmal melepaskan semuanya..

Airmata mengalir dari pipi In..Menyebabkan Ikmal mengelapkannya..Mereka berasa sangat bahagia pada waktu itu..Hanya Allah yang mengetahui perasaan mereka pada waktu ini..

Lima tahun kemudian..

Sekarang umur mereka sudah mencecah 22 tahun..In sudah bertunang dengan Ikmal..mereka sentiasa berhubung walaupun sama-sama masih belajar di tempat yang berlainan..In sekarang menuntut di Universiti Malaya,manakala Ikmal pula berada di Universiti Sains Islam Malaysia..Boleh dikatakan setiap hujung bulan,mesti mereka berjumpa..Dalam sebulan mesti ada sehari hari yang mereka bersama..Semasa mereka jalan bersama mereka bercakap tentang pengalaman serta hal yang boleh dibincangkan..

"Mal..Lepas nie kita balik ya..In dah penat dah jalan seharian macam nie..Dah nak tercabut dah kaki In nie.."rungut In semasa mereka ingin berjalan menuju ke kereta..

"Okayy..Mal tengok muka In pun,Mal dah tahu dahh..In penatkan..muka nampak ngantuk je.." jawab Ikmal..

"Hehee..(sambil tersenyum melihatkan lesung pipitnya).."

"In....Boleh tak lepas nie In panggil Mal abang..???Mal teringin nak dengar.."sambil memujuk,Ikmal mengenyitkan matanya pada In..

"Tak nak lahh..In malulah..Nantilah bila In dah sedia.." jawab In dengan selamba..

Selepas beberapa bulan mereka tidak berjumpa.Ikmal terpaksa membuat practical di Pahang..tetapi malangnya,Ikmal mengalami kemalangan kereta dan lori..Ikmal banyak kehilangan darah..Saat ini hanya Allah yang memahami apa yang sedang berlaku..
       In mendengar khabar tentang apa yang berlaku pada Ikmal,dia terus bergegas ke Hospital Ampang Puteri,Ampang..In menangis semasa memandu untuk pergi ke hospital tersebut..
       'Ya Allah,selamatkanlah tunangku yang bernama Ikmal..ampunilah dosa dia dan berilah di kekuatan untuk menempuhi segala ujian yang Kau berikan..Ya Tuhan,janganlah kau tarik nyawanya pada waktu ini..sesungguhnya aku masih sayang padanya..Aku percaya bahawa hanya Kau yang dapat memisahkan  kami..' Doa In dalam hati..tak henti-henti doanya buat yang tersayang..Dia hanya mampu berserah dan redha dengan apa yang berlaku..
         Sesampai sahaja In di hospital,In terus mendapatkan Ikmal yang baru lepas menjalani pembedahan..

"Ikmal..!!!(meraung)Jangan buat In macam nie Mal..In tak nak kehilangan Mal..Mal ingat tak pada janji-janji kita dulu..Bangunlahh Mal..Bangun..Mal...tolong jangan tinggalkan In Mal..Ya Allah..Dugaan apa yang sedang kau berikan padaku dan Ikmal ini Ya Allah.." sambil menangis teresak-esak..In tidak menyedari dia terlena di atas tangan Ikmal..Sesungguhnya Ikmal sekarang sedang berperang dengan nyawanya sendiri..

Keesokkan harinnya Ikmal tersedar dalam samar-samar..

"In(separuh berbisik)..Mal janji yang Mal takkan tinggalkan In..Hanya Allah yang dapat pisahkan kita.."

In terbangun setelah sedar dari tidurnya semalam akibat keletihan..

"Mal tahukan yang In sayangkan Mal..Jangan tinggalkan In lagi ya.."

sambil mengangguk,Ikmal berkata " In tolong ajarkan Mal mengucap..tolong ye In.."

"Apa yang Mal cakap nie,please Mal..Jangan buat In rasa takut.."

"Please In..I need you now my dear.." sambil mengalir air matanya..Ikmal meminta tolong pada In..

"Okay..Mal ikut ya sayang.. (mengucap)"sambil mengelap airmata di tubir matanya..

"(menyambut serta mengikut kalimah syahadah itu).." Lalu buat terakhir kalinya,In menatap wajah yang sangat dia cintai itu..Kini Ikmal telah pergi buat selama-lamanya..

Kehilangan Ikmal membuatkan dia belajar erti kasih sayang yang dalam..Ikmal telah pergi untuk bertemu dengan-Nya..Sesungguhnya In berasa kesal dan kecewa dengan dirinya terhadap apa yang telah berlaku pada Ikmal..Ikmal adalah yang terbaik dan yang sempurna baginya,tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Ikmal..Pintu hatinya belum terbuka untuk sesiapa yang akan hadir daam dirinya..
          Begini rupanya kisah akhir cerita In..In masih tidak boleh terima dengan apa yang berlaku padanya sekarang..Allah lebih sayangkan Ikmal,biarlah Ikmal pergi dengan tenang..

5 tahun kemudian..

Masih terngiang-ngiang suara Akmal di telinganya..

"In....Boleh tak lepas nie In panggil Mal abang..???Mal teringin nak dengar.."mengalir airmata In bila terdengar suara yang masih bermain di dalam fikirannya sekarang..segalanya telah berubah..hanya kenangan yang ada bersama mereka berdua..
          Gambar-gambar yang telah lama disimpan,diambil kembali..lalu didakapnya dengan penuh kasih dan sayang..Tidak tahu mengapa hati In rasa berat untuk menyimpan gambar- gambar kenangan mereka bersama..

"In pergi dulu ya abang..Maafkan In kalau selama nie In ada salah dekat abang ya..In tak tahu kenapa benda nie boleh jadi dekat kita..In pergi tolong mak dulu ya..sekarang nie bulan puasa,In selalu doakan abang..Abang jaga diri elok-elok dekat sana ya..tunggu In..Kalau free,In datang jenguk abang dekat kubur..Assalamualaikum ABANG.."sambil memeluk serta mencium gambar itu,In mengelap airmata yang dari tadi deras mengalir di pipinya..In terlihat cincin tunang yang berada di jari manis kanannya,lalu di ciumnya berulang kali..

SEKIAN ~