Thursday 28 April 2011

Sejarah Mungkin Berulang


laguku untukmu..
simpanlah lagu ini bila kita berpisah nanti..
janganlah kau mengabaikannya..
aku ingin dirimu tahu yang hatiku sentiasa menemanimu..
<3 <3 <3

Wednesday 27 April 2011

sejarah mungkin berulang..

 
Sejauh mana mampu bertahan
Sampai bila harusku kenang
Setiap kali bertentangan
Tiada ketenangan

Cemburumu merantai hati
Meleburkan semangat diri
Bila aku kenangkan kemanisan lalu
Semua itu ku ketepikan

Andaiku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati… mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkauku maafkan
Oh kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu

Berpanas hujan berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati

Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indahnya pada di luar
Tapi penuh kepalsuan
Bila ku tiada
Terbuktilah
Betapa aku pula di sisimu

Sejarah mungkin berulang

Sunday 24 April 2011

kembalilah padaku sayangku..

hadiah yang akan ku simpan buat selamanya..
assalamualaikum..
semalam aku terasa macam lain macam kerana badanku menggigil ketakutan dan bila kusedari,airmataku mengalir dengan deras kerana mengingati kisah lama yang penah aku lalui..dia yang pernah kusayangi pergi meninggalkan aku,aku tidak tahu hendak mengadu pada siapa kerana orang yang terdekatku semuanya hanya mementingkan diri sendiri..
pernah ku memberitahumu yang aku hanya inginkan dirimu disisi..tetapi semuanya telah lenyap begitu sahaja kerana kau telah pulang ke rahmatullah..terlalu cepat kau pergi untuk meninggalkan diriku ini..dan sehingga sekarang memang susah untuk aku menerima cinta yang datang dalam hidupku..jika telah ditakdirkan aku berjumpa dengan dirimu buat kali terakhir,akanku terima dirimu seadanya kerana aku tahu betapa sukarnya untuk engkau mendapatkanku dan kau telah mencuba berbagai-bagi cara.. 
jikaku tahu yang kau akan pergi buat selamanya meninggalkan aku..akan ku terima dirimu..kenangan bersamamu,masih ku terasa..derita yang kutanggung ini akan terus sakit kerana kehilanganmu..
akan ku lakarkan kehidupan lama kita dan kenang segala yang pernah engkau berikan padaku..
doaku untukmu takkan pernah putus dan sentiasa berusaha untuk melupakanmu,tp hatiku mengatakan tidak untuk semua itu..agar dirimu sentiasa tenang disana..semoga roh kau dicucuri rahmat SAYANG..terima kasih kerana telah menjadi peneman hidup aku selama 4 tahun semasa kita bersama..
terima kasih juga kepada hadiah yang telah kau berikan padaku..akanku simpan hadiah itu buat selamanya walaupun ianya telah rosak dan sudah kuanggap hadiah itu sebagai hatimu..
<3 <3 <3

Saturday 23 April 2011

tinggalkan aku..!!!




harini hari yang penuh makna bagiku..kerana dia datang menjemput aku untuk pergi bersamanya..tapi alangkah peliknya,aku menolak pelawaanmu itu..kerana aku tahu yang kita takkan pernah serasi..lagipun aku tidak boleh menerima dirimu lagi,kerana aku telah berjanji pada diriku yang aku tidak mahu ada kaitan lagi dengan kau,,aku harap lepasni kita kawan jelah dan janganlah kau terlalu mengharap sangt kerana aku takut tidak dapat memenuhi permintaan kau dariku..aku nak kau tahu yang aku tak dapat nak terima kau buat masa nie lg..kerana aku ingin kan hidup aku yg lama..bila kau datang dalam hidup aku pada masa tu,aku memang dah tak dapat hidup bebas macam biasa..maafkan aku untuk semua ni kerana telah membuat dirimu terasa hati dan kecewa padaku..aku terpaksa membuat keputusan sebegini kerana aku tak nak melikakan hati kau yang sudah sedia luka..
<3 <3 <3 

Monday 18 April 2011

putus adalah ayat terakhirku untukmu..

 
assalamualaikum..hari nie aku pergi rumah kawanku yang baru sahaja jatuh motor dan aku pergi ke rumahnya adalah untuk melawatnya bersama yang tersayangku..tapi hari ini adalah hari yang paling menyedihkan juga kerana aku dan dia sudah tidak ada hubungan..aku rasa yang COUPLE ni macam menyakitkan hati..aku benci sangat dengan sikap dia yang terlalu manja..aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungn dengan dia ang ku sayang selama ni..tapi..percintaan kami hanya sempat atau sampai di sini sahaja..maafkan aku sayang..
bile da putus,.
mmg susah nk melupakan,.
cube melakukan sesuatu utk melupakan die,.
padam dari fb kerw an,.
delete sume gmbr2 die,.
kenangan2 die sume,.,.
susah itu!!
memang susah untuk melupakan kenangan bersama si dia itu..kalau boleh pergi dari dunia dan hidupnya,aku akan lakukannya..sangat penat untuk mengikut cara dan ragamnya..

Saturday 9 April 2011

tiada ungkapan perpisahan antara kita...

begitu lah cinta aku
harini kita bercinta dan aku harap yang kita tidak akan putus kerana aku sudah benci untuk mengenali lelaki,akhirnya kau datang dan membawaku kealam cinta kembali..cinta..cinta..cinta..ayat yang selalu di keluarkan oleh lelaki dan aku terlalu benci dengan CINTA..!!!setelah kita bersama sampai hari ini,aku mempercayai dirimu dengan tiada rasa was-was terhadap dirimu..aku juga harap yang kita akan kekal selama yang mungkin..jangan kau pergi untuk meninggalkan aku..aku..disini dengan sejuta cinta untukmu,.lagu itu sering bermain difkiranku kerana lagu itu membuatkan aku teringatkan dirimu...kalau boleh aku dah taknak bercinta sebab aku nak study dulu and aku terpaksa memilih jalan ini,kerana ini mungkin adalah yang terbaik untuk aku meneruskan ape yang akan berlaku selepas ini..jadi mulai hari ini aku akan menjaga diri dengan lebih berhati-hati memilih pasangan...