Wednesday 18 January 2017

Ayah . . .

Assalamualaikum semua . . . 
Hari nie nak cerita pasal ayah . Maaf kalau tajuk nie sensetif untuk sesiapa . Kita tak tahu hati dan perasaan manusia . 



Haa . . . Tiba-tiba rasa nak tulis entry pasal AYAH nie sebab aku tak pandai nak luahkan kata-kata melalui mulut . Kalau nak cakap sayang pun dekat ayah , sure bukan pakai mulut . Maybe pakai whatsapp and facebook je . Susah sangat bagi aku untuk cakap "sayang" dekat ayah . Entah bila lah aku berani nak cakap perkataan tu bila berdepan . Aku bukan malu , cuma segan . Okay . . . Nak start entry kali nie .




Pernah suatu masa ibu bukak cerita pasal ayah dekat aku . Ibu cakap dekat aku yang ayah ajar aku berjalan masa kecik , suap aku makan , rawat aku masa sakit dan buat semua benda untuk aku . Aku nampak yang ayah sayang aku . Cuma , ayah pun sama macam aku tak reti nak luah melalui kata-kata. Korang tahu tak perasaan aku masa ibu cerita pasal ayah time tu ? Aku rasa sakit sangat dekat dalam-dalam hati aku nie . Aku rasa nak peluk ayah nak cium ayah kuat-kuat . Tapi aku segan . Aku tak tahu apa yang aku segan sangat . Sampai sekarang aku tunggu masa-masa terluang untuk bersama dengan family terutama ayah . 


Bagi aku , ayah adalah lelaki yang paling bertanggungjawab yang pernah aku kenal . Dia lah yang selalu ajar aku erti kekuatan dan memberi aku semangat dalam apa jua keadaan . Pernah sekali aku rasa down and bagi aku semua lelaki tak guna dalam dunia nie . Bagi aku semua lelaki sama je hidup untuk sakitkan hati perempuan . Tapi dalam diam aku cari Allah , Allah tunjukkan dekat aku bahawa tak semua lelaki dalam dunia nie macam tu . Sebaliknya Allah bukak mata aku untuk tengok ayah aku dalam-dalam masa dia tengah tidur , korang tahu apa aku fikir ? Tak ada lelaki yang sanggup berkorban macam mana ayah korbankan diri dia dekat aku .



Macam mana aku kena marah dengan ayah , kena pukul dan sebagainya , Aku tetap sayang ayah macam mula-mula dulu . Aku taknak perasaan sayang aku dekat ayah hilang macam mana orang lain buat ibu ayah kecewa . Dah banyak aku buat ayah sedih dengan sikap aku dan dah banyak kali jugaklah dia menangis diam-diam tanpa pengetahuan aku sebab kelakuan aku .




Aku bukan anak yang baik . Tapi , selagi aku hidup , aku akan cuba jadi anak yang dapat gembirakan ibu ayah walaupun tak seberapa . Bila duduk jauh macam nie dengan ayah , terasa hangat lagi kasih ayah . Rindu redup wajah ayah menemani aku . Tiada keresahan yang pernah ayah tunjukkan dekat kami adik-beradik , sentiasa muka yang tenang walaupun banyak perkara yang menimpa . 






Ada satu hari kitaorang satu family keluar pergi cari barang sekolah adik-adik before sekolah mula , aku terasa dengan kata-kata ayah nie . Aku cuba tahan sebak aku time tu , Aku taknak ayah tahu aku sedih dengan ayat dia , dan ayah jarang nampak aku menangis tanpa sebab . Ayah cakap dengan semua adik-adik lepas bayar barang sekolah " belajar elok-elok , ingat murah ke semua barang-barang ayah beli nie . Ayah nak anak-anak ayah berjaya jadi orang berguna . Ayah berhabis duit bukan nak tengok anak ayah tak pandai , ayah nak semua berjaya . Harini je dah seribu habis , tak masuk belanja sekolah lagi . " . Masa tu aku tahan je nak keluar airmata nie . Aku terkesan dengan ayat ayah . Dalam ayah bercakap dengan adik-adik aku , aku tahu ayat tu untuk aku sekali . Mana tak terkesan , dulu aku sekolah kalau boleh tiap tahun nak baju baru semua baru lah senang cerita . Baru aku tahu perasaan ayah sekarang . Aku tahu ayah bukan mengeluh , tapi ayah nak bagi anak-anak dia sedar yang dalam hidup nie bukan senang nak senang .




Sekarang nie bila dah jauh  aku study dekat Pahang , baru aku rindu semua tentang ayah . Ayah tak pernah lupa untuk bangunkan aku solat subuh . Ayah tak pernah penat untuk suruh aku jalankan tanggungjawab as a muslim . Ayah nak aku cari redha Allah dengan ikhlas dan sentiasa dibawah lindungan-Nya . Tak dapat aku bayangkan hidup aku tanpa ayah .



Semakin dewasa , semakin aku rindukan hidup dengan ayah . Aku taknak kalau suatu hari nanti aku terpaksa kehilangan ayah sebab Allah . Aku belum sanggup nak hadap semua benda . Bagilah aku benda susah macam mana , aku akan hadap . Tapi bukan kehilangan ibu dengan ayah . Aku belum boleh terima tentang kehilangan dalam hidup aku . Aku masih mendoakan supaya keluarga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki . Aku masih tak tahu macam mana nak berdikari kalau ayah dah tak ada . Aku perlukan ayah lagi , banyak lagi perkara yang aku tak tahu dalam dunia nie . Aku perlukan hero aku iaitu ayah . Tiada lelaki yang hebat sehebat ayah aku . Ayah segalanya bagi aku . Dan dia segala-galanya bagi aku . . .