Wednesday 12 October 2011

Rabiatul Adawiyah..

ASSALAMUALAIKUM.. Rabiatul Adawiyah..???pernah terfikir tak nak jadi macam hamba ALLAH yang sorang nie tak..??? mengapa ramai wanita-wanita zaman sekarang sudah tidak menendahkan langsung tentang cintanya kepada ALLAH..???peliklah dunia zaman sekarang nie..Jika kita memilih Rabiatul Adawiyah sebagai tokoh kita hingga ke akhir hayat,ia tidak akan mengecewakan sesiapa yang merasa dirinya terpinggir dari Allah..
saya seringkali teringat akan kisah cinta Rabiatul Adawiyah terhadap Allah dengan pengorbanannya yang lebih berat berbanding kita yang hidup senang pada zaman ini..Rabiatul Adawiyah adalah wanita solehah yang sentiasa bersifat sabar dan tidak pernah ingin bersikap sabar.. Rabiatul Adawiyah juga adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup..
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja..betapa baiknya beliau untuk menolong keluarganya dan beliau juga sanggup mencari rezeki dengan mendayung sampan sambil mendendangkan lagu yang merdu untuk pelanggannya..

Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa..dari kisah ini juga kita boleh ambil pengajaran dengan sentiasa meminta pertolongan dari Allah..samada dalam keadaan yang senang atau susah..
Bayangkan jika kita di tempat Rabiatul Adawiyah pada masa itu..adakah kita akan bersikap sabar..???still nak berdoa dekat Allah lagi ke tidak..???atau kita semua hanya akan merungut dan mengeluarkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya keluar dari hdup kita..

No comments:

Post a Comment