Sunday 24 April 2011

kembalilah padaku sayangku..

hadiah yang akan ku simpan buat selamanya..
assalamualaikum..
semalam aku terasa macam lain macam kerana badanku menggigil ketakutan dan bila kusedari,airmataku mengalir dengan deras kerana mengingati kisah lama yang penah aku lalui..dia yang pernah kusayangi pergi meninggalkan aku,aku tidak tahu hendak mengadu pada siapa kerana orang yang terdekatku semuanya hanya mementingkan diri sendiri..
pernah ku memberitahumu yang aku hanya inginkan dirimu disisi..tetapi semuanya telah lenyap begitu sahaja kerana kau telah pulang ke rahmatullah..terlalu cepat kau pergi untuk meninggalkan diriku ini..dan sehingga sekarang memang susah untuk aku menerima cinta yang datang dalam hidupku..jika telah ditakdirkan aku berjumpa dengan dirimu buat kali terakhir,akanku terima dirimu seadanya kerana aku tahu betapa sukarnya untuk engkau mendapatkanku dan kau telah mencuba berbagai-bagi cara.. 
jikaku tahu yang kau akan pergi buat selamanya meninggalkan aku..akan ku terima dirimu..kenangan bersamamu,masih ku terasa..derita yang kutanggung ini akan terus sakit kerana kehilanganmu..
akan ku lakarkan kehidupan lama kita dan kenang segala yang pernah engkau berikan padaku..
doaku untukmu takkan pernah putus dan sentiasa berusaha untuk melupakanmu,tp hatiku mengatakan tidak untuk semua itu..agar dirimu sentiasa tenang disana..semoga roh kau dicucuri rahmat SAYANG..terima kasih kerana telah menjadi peneman hidup aku selama 4 tahun semasa kita bersama..
terima kasih juga kepada hadiah yang telah kau berikan padaku..akanku simpan hadiah itu buat selamanya walaupun ianya telah rosak dan sudah kuanggap hadiah itu sebagai hatimu..
<3 <3 <3

No comments:

Post a Comment